Monday, January 10, 2011

TABIKA KEMAS MENGGUNAKAN KURIKULUM PRA SEKOLAH KEBANGSAAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

MODUL PEMBELAJARAN TABIKA:
  • Bahasa Dan Komunikasi
    - Bahasa Melayu
    - Bahasa Inggeris
  • Perkembangan Kognitif
  • Kerohanian Dan Moral
    - Pendidikan Islam
    - Pendidikan Moral
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Fizikal
  • Kreativiti dan Estetika
  • Program Pengukuhan dan Pengkayaan
  • Ko-KuriKulum
  • Sukan/Bakat
  • Belajar Muzik
  • Mengaji
  • Lawatan sambil belajar
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

# BELAJAR MELALUI BERMAIN
# PENDEKATAN BERTEMA
# PENDEKATAN BERSEPADU
#TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TABIKA KEMAS





















Thursday, December 23, 2010

PENAMBAHBAIKAN KUALITI GURU TABIKA / TASKA KEMAS

Menjelang tahun 2011, seluruh Tabika KEMAS akan dikendalikan oleh tenaga pengajar lulusan Diploma, bagi memastikan pelajar-pelajar pra-sekolah di Tabika KEMAS menerima pendidikan lebih berkualiti, mempunyai emosi daya saing lebih tinggi serta memiliki sahsiah diri seimbang dari segi agama dan cintakan negara.

Menjelang 2015, tenaga pendidik lulusan Diploma dijangka bertambah kepada 10,500 orang. Sebagai langkah ke arah usaha itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan KEMAS hari ini memeterai program dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, untuk melatih 476 guru KEMAS mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pra sekolah berumur 4 hingga 6 tahun.

Program Diploma Pendidikan ini melibatkan program pengajian selama dua tahun. Pendaftaran masuk kumpulan pertama adalah seramai 110 orang mulai tahun 2008, disusuli purata 120 orang lagi pada setiap tahun sehingga tahun 2011, menjadikan jumlah keseluruhan 476 orang.

Mulai 2009, dalam usaha memperluaskan lagi pendidikan pra sekolah ini meliputi peringkat kanak-kanak seawal bayi (di bawah satu tahun hingga 4 tahun), kementerian dan KEMAS juga bercadang melatih pula guru-guru Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS di bawah program PERMATA mengikuti pengajian Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, juga di UPSI.

Di bawah program pengajian ini, seramai 200 orang akan didaftarkan ke UPSI pada tahun 2009 dan seramai 455 orang lagi pada tahun 2011. Langkah ini akan menghasilkan jumlah tenaga pendidik Taska KEMAS berkelulusan diploma seramai 655 orang menjelang 2013.

Penambahbaikan tenaga pengajar KEMAS ke taraf Diploma juga dilaksanakan melalui Program Perguruan Pra-Sekolah iaitu kerjasama antara KEMAS dan Kementerian Pelajaran Malaysia, yang berjaya melahirkan 2,400 guru lulusan Diploma sejak 2006 hingga 2008 untuk mendidik kanak-kanak pra sekolah di tabika-tabika KEMAS.

Program Perguruan Pra-Sekolah ini bakal melahirkan 9,996 guru KEMAS berkelulusan Diploma menjelang tahun 2015 melalui program Diploma Perguruan di Institut Perguruan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran.

Program ini meliputi pengajian sepenuh masa bagi meningkatkan profesionalisme seramai 5,032 orang guru Tabika KEMAS dan seramai 4,964 orang lagi secara mengikuti kursus dalam cuti. Guru-guru ini mendidik kanak-kanak pra-sekolah berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Kementerian juga sedang menimbang kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain bagi menaiktaraf kelulusan guru-guru KEMAS ke tahap diploma atau kelulusan lebih tinggi menerusi program pengajian sepenuh masa atau kursus dalam cuti di bawah program penambahbaikan tenaga pendidik KEMAS.

Dalam tahun 2008 saja, seramai 2,480 guru KEMAS sudah dihantar menjalani kursus di bawah Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di universiti-universiti dan institusi pengajian tinggi. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, KEMAS akan membelanjakan RM8 juta untuk melatih 9,880 guru Tadika dan Taska fasih bertutur, menulis dan mengajar dalam bahasa Inggeris menjelang 2011.

Bagi memastikan tabika dan taska KEMAS dilengkapi dengan peralatan pendidikan lebih baik, KEMAS juga akan membelanjakan sejumlah RM173.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melengkapkan peralatan baru di 5,882 premis tadika dan taskanya di seluruh negara.

Sejumlah RM13.1 juta akan dibelanjakan bagi melengkapkan 4,509 premis tadika dan taska dengan komputer.

Jumlah ini tidak termasuk RM120.6 juta bagi membina 654 bangunan tabika baru dan RM138.2 juta bagi membaikpulih 4,000 premis tabika dan taska yang sedia ada.

PENDAFTARAN TABIKA/TASKA TAHUN 2011



PENDAFTARAN KE TABIKA/TASKA KEMAS TAHUN 2011 KINI DIBUKA


Moto : Ceria, Cerdik, Cergas


Maklumat :
i. Guru yang terlatih berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan berpengalaman
   luas dalam bidang pra sekolah


ii. Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang
    mendaftar awal)

iii.Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kementerian Pelajaran 
    Malaysia


iv. Pendidikan Interaktif
  • vii. Disediakan : Baju dan Buku Aktiviti (Bagi yang layak)


viii. Makanan Tambahan Berkhasiat


Pendaftaran : Dibuka sekarang!
Hubungi segera : Tabika KEMAS berhampiran atau KEMAS Negeri:


1. KEMAS PERLIS                   : 04-9761023
2. KEMAS KEDAH                   : 04-7322966
3. KEMAS P.PINANG               : 04-3998027
4. KEMAS PERAK                   : 05-2535322
5. KEMAS SELANGOR             : 03-55193044
6. KEMAS W.PERSEKUTUAN    : 03-26988080
7. KEMAS N.SEMBILAN           : 06-7638114
8. KEMAS MELAKA                 : 06-2823987
9. KEMAS JOHOR                  : 07-2278941
10. KEMAS TERENGGANU       : 09-6221321
11.KEMAS KELANTAN             : 09-7461439
12.KEMAS PAHANG                : 09-5161636
13.KEMAS SABAH                  : 088-488408
14.KEMAS SARAWAK             : 082-240636


Borang Pendaftaran: Dapatkan Borang Pendaftaran di Tabika KEMAS yang berhampiran